Kira-kira nak dekat sebulan dah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dijalankan di Selangor bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dengan lebih berleluasa.
Tindakan itu turut dilakukan di beberapa buah kawasan penempatan yang mempunyai bilangan kes yang tinggi.
Frontliner berjoget gembira
Terbaru, gelagat frontliner di Pangsapuri Sri Ayu, Hulu Langat, Selangor, mencuri perhatian setelah PKPD di penempatan berkenaan berakhir pada 13 Julai lalu.
Menerusi beberapa video yang tular di TikTok, terlihat para petugas di situ menari keseronokan apabila tempoh perintah kawalan tersebut berakhir.
Menurut seorang wanita dikenali sebagai Nur Amira, dia memberitahu bahawa selama tempoh 2 minggu mereka berkurung, para petugas hadapan inilah yang menghiburkan hati mereka tiap-tiap hari.
Bagi menzahirkan rasa terima kasih pada frontliner yang bertugas, ramai penduduk di pangsapuri berkenaan bagi cenderahati kepada mereka. Ada yang bagi bunga, anak patung, dan juga mi segera untuk mereka yang dah bertungkus lumus menjalankan tugas.
Di ruangan komen, nyata gelagat para petugas barisan hadapan ini mencuit hati netizen. Ramai yang menyifatkan mereka berhak untuk rasa seronok, selepas bermandi peluh melakukan tugas. Seronok tengok dorang berjoget.
Comel perangai frontliner kita ni, semoga mereka semua terus cekal menjalankan tugas melawan Covid-19 ni.