Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

13 Aug 2021 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas dan menurut perkembangan terbaru yang disahkan oleh menteri penyelaras Khairy Jamaluddin, ia akan melibatkan kalangan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun yang akan dimulakan pertengahan September nanti.

Pengesahan ini dilakukan oleh Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di akaun Twitternya selepas dikatakan tular berkenaan satu surat pekeliling yang ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham di aplikasi WhatsApp mengenai program berkenaan.

Menurut laporan FMT, surat pekeliling yang tular tersebut telah ditandatangani oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham dan ia ditujukan kepada pengarah kesihatan negeri dan hospital.

Dikhabarkan, kandungan surat berkenaan adalah tentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas kepada semua remaja berusia 16 dan 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan.

Menerusi pengesahan yang dibuat oleh Khairy sebentar tadi, pemberian vaksinasi ini turut melibatkan mereka berumur 12 hingga 17 tahun dan ianya akan diberikan secara berfasa, bergantung kepada bekalan vaksin yang sedia ada.

image is not available

“PICK akan mula memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 12-17 tahun dengan urutan keutamaan berikut:
1) 12-17 mempunyai masalah kesihatan tertentu
2) 12-17 tanpa masalah perubatan berdasarkan peningkatan usia.”

Difahamkan juga, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan membuat pengumuman rasmi berkenaan pemberian vaksin kepada golongan ini pada minggu hadapan, ini termasuklah garis panduan klinikal serta cara perlaksanaannya.

Baca : “Nak kaji antivax taknak vaksin sbb sakit atau sengaja” – Kerajaan Pertimbang Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

image is not available

Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.