YouTube Lite, alternatif pelan premium lebih murah sedang diuji

Digital
3 Aug 2021 • 1:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

YouTube dikesan sedang menguji pelan premium yang lebih murah. YouTube Lite adalah pelan untuk menonton tanpa gangguan iklan tapi tidak menyertakan fungsi background play, YouTube Music, tontonan luar talian dan beberapa manfaat premium lain.

image is not available

Pelan ini sangat sesuai andainya pengguna menonton YouTube di TV kerana tidak perlu menunggu butang Skip Ad keluar.

Daripada tangkap layar hasil perkongsian pengguna di Eropah, YouTube Premium Lite ditawarkan pada harga EUR6.99, 58% lebih murah berbanding YouTube Premium biasa yang berharga EUR11.99.

image is not available

Sekiranya perbandingan dilakukan untuk pasaran kita, YouTube Premium di sini berharga RM14.90. Makanya YouTube Premium Lite berkemungkinan besar boleh ditawarkan pada harga sekitar RM8.

Kalau anda nak lebih penjimatan, YouTube Family adalah solusi yang sangat baik kerana untuk RM26.90/bulan, anda boleh berkongsi dengan 6 orang ahli sebanyak hampir RM5 sahaja sebulan.

[Sumber: Resetera]

The post YouTube Lite, alternatif pelan premium lebih murah sedang diuji appeared first on SoyaCincau.com.