Poco Telah Mengeluarkan Lebih 20 Juta Telefon Pintar Sehingga Kini

TechnologyDigital
5 Aug 2021 • 11:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco merupakan salah satu sub-jenama dibawah Xiaomi yang telah mengeluarkan peranti dibawah nama Pocophone sejak Ogos 2018 yang lepas.

image is not available

Selepas mengeluarkan telefon pintar pertama dibawah jenama ini pada Ogos 2018 lepas, Pocophone F1 telah mencuri perhatian ramai dengan penawaran spesifikasi tinggi pada harga kompetitif.

Lanjutan daripadanya, selepas mendiamkan diri sementara, Poco mula aktif kembali sejak 2020 dengan beroperasi sebagai sebuah syarikat kendiri berbanding Xiaomi.

Dan menariknya, kini Poco mengumumkan mereka telah mengeluarkan sebanyak 20 juta telefon pintar sehingga ke hari ini.

image is not available

Di Malaysia sendiri, Poco agak aktif dan mempunyai peminatnya tersendiri. Model paling terbaru diperkenalkan adalah Poco X3 GT yang ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1299.