Vaio Melancarkan Komputer Riba Edisi Khas Dengan Rekaan Samurai Jepun

TechnologyDigital
30 Sep 2021 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vaio sudah bergerak sendiri sejak lima tahun lalu selepas tidak lagi di bawah payung Sony. Mereka kekal menawarkan komputer riba untuk golongan profesional dengan rekaan yang premium. Sempena ulang tahun syarikat yang ke-5, Vaio SX12 Kachi-iro diumumkan dengan warna tradisi samurai Jepun di zaman silam.

image is not available

Mengikut tradisi samurai memakai pakaian dalam berwarna ungu (Iro) dan oleh sebab itu tubuh komputer riba ini menggunakan warna ini. Ia dipadankan pula dengan kemasan warna emas yang menunjukkan ini ialah komputer riba edisi khas premium.

image is not available

Spesifikasinya pula adalah skrin 12.5″ FHD, dilengkapi CPU Intel Core i5-8265U and i7-8565U, memori sehingga 16GB, dan storan sehingga 512GB SSD NVme. Walaupun ia sebuah komputer riba kompak ultra ringan 882gram, pelbagai I/O seperti  VGA, RJ-45, HDMI, USB-A, pembaca kad SD dan USB-C diberikan supaya tiada keperluan menggunakan penyesuai. Harga jualan masih belum diumumkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved