Google One Menambah Pelan 5TB Pada Harga Langganan RM107.49 Sebulan

TechnologyDigital
12 Sep 2021 • 11:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini telah menambah satu lagi penawaran pelan langganan storan Google One mereka, iaitu storan sebesar 5TB.

Pelan baharu ini sesuai untuk mereka yang inginkan storan lebih banyak daripada 2TB, tetapi tidak setinggi 10TB.

image is not available

Pelan 5TB ini ditawarkan pada harga langganan RM107.49 sebulan, atau anda turut boleh menikmati diskaun dengan membuat langganan bayaran setahun pada harga RM1074.99 setahun.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Google One hari ini di laman rasmi mereka.