Kapasiti Bateri Bagi Siri iPhone 13 Didedahkan, Paling Besar Adalah 4,400mAh

Digital
22 Sep 2021 • 10:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
iphone 13

Siri iPhone 13 telah diumumkan April beberapa hari lepas yang mempunyai beberapa peningkatan dari segi spesifikasi berbanding model sebelum ini termasuklah bateri. Walaubagaimanapun, Apple tidak memaklumkan berapakah kapasiti yang ada pada setiap iPhone.

BACA : Ini Rupa Kotak Siri iPhone 13 Tanpa Plastik, Digantikan Dengan Tape Kertas

Sewaktu pelancaran, Apple mendakwa bahawa ketahanan bateri bagi iPhone 13 dan 13 Mini adalah lebih 2.5 jam berbanding model sebelum ini manakala untuk iPhone 13 Pro dan Pro Max pula lebih 1.5 jam.

image is not available

Menurut laporan Fuzz.my, Apple telah menerbitkan data kapasiti bateri bagi setiap peranti terbarunya itu dan maklumat ini diperoleh dari 9to5Mac.

Mengikut carta tersebut, iPhone 13 mini didatangkan dengan kapasiti 2,500mAh manakala iPhone 13 pula hadir dengan kapasiti 3,265mAh. Untuk iPhone 13 Pro pula berkapasiti 3,150mAh dan 13 Pro Max pula berkapasiti 4,400mAh.

Wah Terbaiklah Apple! Ada yang nak bertukar ke siri iPhone 13 ni ke? 

Kredit: Fuzz.my | 9to5Mac

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Kapasiti Bateri Bagi Siri iPhone 13 Didedahkan, Paling Besar Adalah 4,400mAh appeared first on Oh! Media.