Laporan OpenSignal Terbaru Memperlihatkan Persaingan Sengit Diantara Syarikat Telekomunikasi Tempatan

TechnologyDigital
29 Sep 2021 • 8:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenSignal sekali lagi hadir dengan laporan prestasi berkala untuk syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, yang kebelakangan ini dilihat bersaing dengan semakin sengit untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi mereka mendapat kedudukan terbaik didalam laporan-laporan mereka setiap suku.

image is not available

Laporan OpenSignal secara lazimnya memperlihatkan sejumlah aspek berbeza apabila menilai kualiti perkhidmatan telekomunikasi sesebuah syarikat, termasuklah kestabilan rangkaian, kelajuan muat-turun dan muat-naik, kebolehan menstrim video dengan lancar dan mutu rangkaian ketika bermain permainan atas talian ataupun membuat panggilan.

image is not available

Bermula dengan kategori ketersediaan rangkaian 4G, Unifi dilihat memenangi kategori ini, setelah menampakkan peningkatan skor 2.7 peratus berbanding sebelum ini apabila mereka terikat seri dengan Celcom. Dengan peratusan ketersediaan 92.2 peratus, Unifi juga merupakan satu-satunya perkhidmatan telekomunikasi yang mempunyai skor lebih tinggi daripada 90 peratus, dimana Celcom dan Maxis berada di kedudukan kedua dengan skor 89.5 peratus.

image is not available

Dari aspek kelajuan muat-turun, Digi dilihat mengekalkan kedudukan pertama mereka dengan kelajuan purata 12.3Mbps. Di tempat kedua pula ialah Maxis dengan kelajuan purata 11.9Mbps, meninggalkan pesaing-pesaing lain dengan Celcom di tempat terakhir dengan kelajuan purata 7.05Mbps.

image is not available

Untuk kategori kelajuan muat-naik data pula, U Mobile memenangi kategori ini dengan purata kelajuan memuat-naik 7.1Mbps, 1Mbps lebih pantas daripada pencabar terdekat mereka, Maxis. Secara purate, kelajuan muat-naik ini masih dikira sebagai agak perlahan khususnya untuk sekarang apabila kelajuan muat turun dan naik data kedua-duanya dilihat penting dalam aspek bekerja dan pembelajaran dari rumah.

image is not available

Maxis memenangi kategori penstriman video kali ini, mengambil kedudukan pertama daripada Digi sekali lagi. Dengan skor 58 mata, tiga daripada lima syarikat telekomunikasi dalam carta ini, kecuali Celcom berada dalam kategori Baik. Didalam kategori ini, penstriman video dikatakan adalah lancar apabila distrim dalam resolusi rendah seperti 480p ataupun 720p, tetapi apabila memasuki resolusi yang lebih tinggi seperti Full HD, 2K dan 4K, kesemua rangkaian-rangkaian ini secara puratanya memperlihatkan kesukaran untuk mengekalkan penstriman yang tidak tersekat-sekat.

image is not available

U Mobile sekali lagi dilihat memenangi kategori kualiti panggilan suara, dimana tiga daripada lima syarikat telekomunikasi tempatan (U Mobile, Maxis, Digi) semuanya mempunyai skor 74 dan keatas, dan berada di kategori memuaskan. Celcom dan Unifi sayangnya menduduki dua tangga tercorot dalam kategori ini, yang mana skor 1-73 dilihat sebagai tanda skor tidak memuaskan.

image is not available

Walaupun begitu, Celcom dilihat memenangi kategori rangkaian 4G terluas di Malaysia setakat ini. Walaupun ia sedikit ketinggalan dari segi kelajuan, Celcom masih lagi mempunyai liputan rangkaian terluas dan pengguna Celcom boleh menyambung peranti mereka ke rangkaian 4G dengan lebih mudah dan cepat. Tempat kedua dan ketiga dalam kategori ini diduduki oleh Maxis dan Digi, dan oleh kerana rangkaian yang dilihat belum matang lagi, U Mobile dan Unifi dilihat menduduki tempat keempat dan kelima.

Laporan OpenSignal memperlihatkan aspek-aspek ini dan lebih banyak lagi dengan lebih mendalam, dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi dan mutu rangkaian-rangkaian 4G di Malaysia, anda boleh membaca mengenainya melalui pautan ini.