Promo: Jualan istimewa Mi TV dan penyedut hampagas tanda terima kasih Xiaomi kepada peminat

Digital
24 Sep 2021 • 12:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Nama Xiaomi memang terkenal di Malaysia, sebagai pengeluar telefon pintar yang sangat mampu dimiliki dengan spesifikasi berbaloi. Tidak mengejutkan apabila Xiaomi menyatakan bahawa mereka adalah pengeluar telefon pintar no-1 di Malaysia untuk 2 suku tahun berturut-turut.

Bagi meraikan pencapaian ini dan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada peminat di Malaysia, Xiaomi mengumumkan diskaun istimewa masa terhad, untuk TV pintar dan penyedut hampagas mereka.

Bagi TV pintar, jualan istimewa ini akan diadakan dari 24-30 September 2021 di Xiaomi Store Lazada dan Shopee. Manakala penyedut hampagas, jualan istimewa dibuat selama 1 hari sahaja, pada 25 September 2021 juga di Xiaomi Store Lazada dan Shopee.

Berikut adalah tawaran yang boleh didapati peminat semasa jualan istimewa ini:

24 – 30 September 2021

Mi TV P1 32″ – RM999 RM949
Mi TV P1 43″ – RM1,799 RM1,699
Mi TV P1 55″ – RM2,499 RM2,299
Mi TV Q1 75″ – RM7,999 RM7,499

25 September 2021

Mi Robot Vacuum Mop-P – RM1,399 RM999
Mi Robot Vacuum Mop – RM999 RM699
Mi Robot Vacuum Mop Essential – RM699 RM499
Mi Vacuum Cleaner Light – RM429 RM299

image is not available

image is not available

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan produk Xiaomi pada harga istimewa ini. Segera ke Xiaomi Store Lazada dan Shopee sekarang.