Redmi Buds 3: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
21 Oct 2021 • 9:46 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Xiaomi kini hadir dengan fon telinga TWS yang sangat mampu dimiliki, Redmi Buds 3. Dengan rekaan mirip AirPods model lama tanpa bud getah, fon telinga ini memberikan masa mendengar sehingga 20 jam.

Harga dan kesediaan

Orang ramai di Malaysia boleh mula mendapatkan Redmi Buds 3 sekarang, menerusi saluran rasmi Xiaomi seperti Stor Xiaomi di Lazada dan Shopee, kedai Xiaomi Store serta pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

image is not available

Harga rasmi untuk Redmi Buds 3 di Malaysia adalah RM139. Hanya ada satu warna disediakan iaitu putih.

Spesifikasi

Xiaomi menyatakan bahawa Redmi Buds 3 menerima rekaan serba baharu, menggunakan rekaan separuh di dalam telinga tanpa bud getah, serta bekas pengecas kecil dan minimalis agar muat disimpan di dalam poket yang ketat.

image is not available

Baterinya memberi hayat penggunaan sehingga 5 jam secara berterusan, dan sehingga 20 jam bersama bekas pengecas. Ia juga boleh mengecas pantas, memberikan masa penggunaan slama 90 minit dengan mengecas selama 10 minit sahaja. Pengecasan dibuat menerusi USB-C, tiada sokongan pengecas wayarles.

Redmi Buds 3 dikuaskan cip Qualcomm QCC3040, menyokong Bluetooth 5.2 generasi baru yang menawarkan penggunaan tenaga rendah, penghantaran data pantas dan paling penting sekali, sambungan yang lebih stabil. Ia juga dilengkapi teknologi menyekat bunyi bising dan pembatalan gema cVc Qualcomm, untuk panggilan suara yang jelas. Bagaimanapun, tiada penyaring hingar aktif dan mod ambien padanya.

Pengguna kecergasan tidak perlu risau kerana Redmi Buds 3 diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54. Ini membolehkan ia digunakan ketika berlari di dalam hujan atau berpeluh semasa bersenam.

Kawalan muzik dan panggilan boleh dibuat menerusi permukaan peka sentuhan. Ia juga memiliki sensor di mana lagu akan diberhentikan apabila mengeluarkan dari telinga, dan memainkan semula lagu apabila dipasang ke dalam telinga.

Bacaan Berkaitan

Redmi Buds 3 Pro menyokong ANC & Transparency, kini dijual di Malaysia

Apple AirPods 3 mirip versi Pro tetapi masih tiada satu fungsi penting

Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia