Realme Narzo 50i Dan C25Y Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
1 Nov 2021 • 1:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti diketahui umum, Realme Malaysia dalam perancangan untuk pengenalan beberapa produk baharu pada minggu ini. Melaluinya, Realme Pad dan Realme GT Neo2 bakal dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

image is not available
Realme Narzo 50i

Bagaimanapun perkara berkenaan tidak terhenti disitu sahaja kerana Realme mula mengacah kehadiran dua lagi peranti lain. Peranti-peranti yang dimaksudkan adalah Realme Narzo 50i dan Realme C25Y. Menurut Realme, ia akan dilancarkan seiring dengan Realme Pad dan Realme GT Neo2 pada 3 November ini.

Imbau kembali, Realme Narzo 50i dan juga Realme C25Y telah dilancarkan terlebih dahulu di India dan didatangkan dengan spesifikasi kelas permulaan. Realme 50i dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci dan bateri 5000mAh. Sementara itu, Realme Realme C25Y dijana oleh cip UNISOC T618 dengan padanan kamera utama 50MP.

image is not available
Realme C25Y

Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Kami di Amanz akan mengemaskini mengenai kesemua peranti baharu Realme tersebut – termasuklah untuk harga jualan rasmi di Malaysia. Nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved