Apple One Premier Bersama Storan iCloud 2TB Dan Fitness+ Kini Boleh Dilanggan – RM69.90 Sebulan

TechnologyDigital
4 Nov 2021 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersama-sama pengenalan khidmat langganan Apple Fitness+ untuk pasaran Malaysia, kini pihak Apple turut telah menawarkan perkhidmatan berkas langganan Apple One Premier untuk pengguna tempatan.

Berbanding tawaran biasa, Apple One Premier menawarkan tambahan storan iCloud sehingga 2TB, selain akses ke Apple Fitness+. Akses langganan tambahan ini hadir bersama Apple Music, Apple TV+, dan juga Apple Arcade.

image is not available

Apple One Premier boleh  dikongsikan kepada sehingga lima orang, dan ditawarkan pada harga langganan RM69.90 sebulan.