Polis Jepun Menggunakan Iklan YouTube Bagi Memberikan Amaran Kepada Kaki Skodeng

TechnologyDigital
1 Nov 2021 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Jepun mengambil video dan gambar individu tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang. Oleh sebab itu d Jepun sukar sekali melihat pengguna peranti pintar merakam video di tempat awam dan apabila video dimuat naik, wajah orang lain akan dikaburkan dari pandangan. Tetapi rakaman video secara rahsia masih berlaku dengan ia kemudian dimuat naik ke laman seperti YouTube.

Menurut laporan SoraNews, polis di Kyoto Jepun kini menggunakan pengiklanan bersasar YouTube untuk memberikan amaran kepada mereka yang menjadi kandungan skodeng ini. Apabila ada sejarah carian menggunakan kata kunci “kamera kecil” dan “skodeng” pada akaun pengguna, iklan yang memberikan amaran bawah aktiviti ini salah di sisi undang-undang akan dipaparkan sebelum video ditonton.

Ini ialah pendekatan yang agak di luar kotak oleh polis Jepun. Namun begitu reaksi dari pengguna Jepun adalah negatif kerana melihat pengiklanan bersasar menggunakan sejarah peribadi pengguna. Jika sekiranya anda di Jepun dan tidak menggunakan YouTube Premium tetapi melihat iklan di atas, ketahuilah aktiviti anda sedang dipantau pihak berwajib. Sejarah YouTube anda mendedahkan sisi gelap anda sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved