[VIDEO] Lelaki Bergayut Lebih Seminit Di Udara Lepas ‘Terbang’ Bersama Layang-Layang

Entertainment
25 Dec 2021 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dulu-dulu terutamanya ketika zaman kanak-kanak, mesti ramai yang suka main layang-layang dengan kawan di kawasan padang atau di tepi pantai kan. Memang warna-warni la area tu setiap petang lagi-lagi kalau ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Namun, mesti korang tak pernah terfikir yang bermain layang-layang pun ada risikonya yang tersendiri sebenarnya. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Sri Lanka ini.

image is not available

Menurut laporan Mail Online, lelaki yang dikenali sebagai Nadarasa Manoharan itu dilaporkan telah menerbangkan layang-layang bersaiz besar bersama beberapa orang rakannya sebelum kejadian itu berlaku.

Layang-layang tersebut difahamkan telah diikat dengan tali dan kebetulan ketika objek tersebut terbang di udara, angin bertiup agak kencang.

image is not available

Dia terpaksa bergayut pada tali layang-layang itu setelah dirinya turut dibawa terbang bersama objek tersebut. Kejadian berlaku sebab rakan-rakanya telah melepaskan tali tersebut namun Manoharan tak perasan bahawa yang lain dah tak pegang tali tu.

Jadi, lelaki itu dikatakan bergayut pada tali tersebut selama lebih kurang seminit di udara pada ketinggian 30 kaki sebelum berjaya turun dengan selamat setelah dibantu oleh rakan-rakannya yang cuba menarik semula tali berkenaan.

image is not available

Boleh tengok video ini kalau korang nak faham dengan lebih lanjut tentang kejadian ini.

Akibat daripada kejadian itu , lelaki tersebut dikatakan telah menghadapi beberapa kecederaan ringan setelah terjun daripada ketinggian 15 kaki untuk menyelamatkan diri.

Namun, kejadian seperti ini bukanlah kali pertama yang pernah berlaku kerana sebelum ini, seorang kanak-kanak di negara lain juga pernah ‘diterbangkan’ oleh layang-layang.

Syukur semuanya selamat. Apa-apa pun, lepas ni main layang-layang pun kena hati-hati tau guys sebab macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata je. 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.