Antara benda yang perlu difikirkan selepas rumah dilanda banjir adalah untuk mengganti semula barang-barang rosak akibat rumah dinaiki air.
Ekoran banjir besar yang berlaku hujung minggu lalu, beberapa syarikat besar bersedia untuk menawarkan perkhidmatan mengganti semula barang yang telah rosak secara percuma atau dengan diskaun yang banyak bagi meringankan beban mangsa banjir.
Telekom Malaysia (TM) juga tak terkecuali tau! Menyedari yang ramai mangsa banjir mengalami kerosakan pada peralatan Unifi, syarikat ini mengumumkan yang mereka akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) yang rosak secara Percuma.
Dalam usaha kami untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir, TM bertindak untuk menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) unifi yang rosak secara percuma. pic.twitter.com/OrcJv7asOi
— unifi (@unifi) December 22, 2021
Melalui kenyataan di Twitter, Unifi mengatakan pelanggan yang mahu mendapatkan peralatan pengganti secara percuma ini boleh berbuat demikian menerusi Live Chat di http://chatbot.unifi.com.my atau hubungi terus di talian 100.
Dalam usaha kami untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir, TM bertindak untuk menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) unifi yang rosak secara percuma.”
Selain itu, Unifi turut memohon maaf dengan gangguan perkhidmatan yang berlaku akibat banjir ini dan memberitahu pelanggan boleh membuat semakan status perkhidmatan yang terganggu di http://unifi.com.my/unifi-alerts.
Pihak kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi sepanjang gangguan perkhidmatan akibat banjir ini. Kesabaran dan keperihatinan anda amat kami hargai.”

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

