Pemakai Mahu Saman Apple, Dakwa Apple Watch Boleh Akibatkan Kecederaan Serius

Entertainment
12 Dec 2021 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengguna Apple Watch mungkin berdepan risiko kecederaan serius. Dakwaan ini wujud selepas seorang pengguna telah mengalami kecederaan serius ketika memakainya.

image is not available

Memetik laporan NY Post, kejadian berlaku kepada Chris Smith yang ketika itu sedang bermain golf. Apple Watch yang dipakainya telah pecah dan ‘menghiris’ lengannya selepas cermin pemuka tiba-tiba pecah dan mendedahkan sudut yang tajam pada jam tangan pintar itu.

image is not available

Luka akibat kejadian itu telah memotong salah satu urat pada lengan Smith. Akibat daripada kejadian itu, beliau dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

image is not availableSmith telah melantik seorang peguam untuk menfailkan saman terhadap syarikat pengeluar peranti paling popular dunia, Apple Inc. Dalam saman itu, peguam mendakwa bateri jenis lithium-ion itu berpotensi untuk kembung sekaligus menolak keluar skrin utama jam tangan pintar itu dan berisiko untuk mencederakan pemakai.

Walaubagaimanapun, Apple masih tidak memberikan sebarang respon ke atas kejadian itu walaupun mereka sedar akan kejadian-kejadian yang hampir sama yang pernah dilaporkan dari orang ramai.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.