[VIDEO] Mengucap Panjang! Lori Hilang Kawalan, Hampir Terbabas Langgar Kereta Bikin Panik

Entertainment
2 Jan 2022 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, hujan lebat yang berpanjangan akan meningkatkan lagi risiko kemalangan di atas jalan raya memandang jalan menjadi lebih licin, dan penglihatan para pemandu menjadi terbatas.

Menerusi satu video dashcam yang dikongsikan oleh MyWatch, sebuah Badan Pemantau Jenayah, seorang kereta mengalami detik yang mencemaskan apabila hampir dilanggar oleh lori yang terbabas.

image is not available

Dalam video tersebut, pemandu ini dilihat sedang memandu ketika hujan dengan kelajuan yang selamat dan jalan yang tidak sesak. Namun, sebuah lori dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing di hadapan kereta tersebut.

Turut jelas kedengaran, pemandu ini bersama penumpang yang lain panik lalu mengucap panjang apabila lori itu sempat berhenti beberapa inci betul-betul di hadapan kereta mereka.

image is not available

Selepas semuanya dilihat selamat, kereta ini berundur beberapa meter dari lori tersebut untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Turut kelihatan, pemandu lori tersebut keluar dan mengangkat tangan sebagai tanda meminta maaf kepada pemandu dan penumpang kereta yang hampir dilanggarnya.

image is not available

Bagaimanapun, lokasi sebenar di mana video dashcam ini dirakam tidak didedahkan oleh akaun tersebut.

Video ini memberi pengajaran kepada kita semua, agar sentiasa menjaga jarak kenderaan lebih-lebih lagi ketika sesak dan jalan yang licin agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Nasihat buat pengguna jalan raya di luar sana, memandu secara berhemah okay!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.