Geng Budak Rohingya Dah ‘Diangkut’ Pihak Berkuasa, Netizen Puas Hati

5 Jan 2022 • 8:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, isu berkenaan dengan budak-budak warga Rohingya menganggu pengguna jalan raya serta bersifat kurang ajar ketika meminta sedekah hangat diperkatakan oleh wargamaya.

Kerana kerap kali berlegar di media sosial video-video yang memaparkan kebiadapan serta gangguan kanak-kanak tersebut, pihak berkuasa telah menjalankan tugas dengan ‘mengangkut’ mereka susulan kejadian beberapa hari lalu.

Biarpun pihak berkuasa sudah mengambil tindakan, individu yang diangkut masih belum dapat dikenal pasti dan hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat berpuas hati kerana pihak berkuasa cepat mengambil tindakan agar budak-budak itu tidak akan menganggu orang awam lagi.

Dalam pada itu, warganet juga berharap agar mereka dikenakan tindakan tegas supaya tiada lagi ‘geng-geng’ Rohingya berani menganggu pengguna jalan raya dengan cara yang kasar.

image is not available

Sumber : TikTok 

image is not available 19 jam lalu

"Jangan Bagi Muka" - (VIDEO) Kanak-Kanak Rohingya Viral Seronok Kira Duit Kutipan, Bergelak Ketawa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved