[VIDEO] Atok & Nenek Gigih Nak Hantar Cucu Pergi Tempat Posting Mengajar Buat Netizen Sebak

Entertainment
5 Jan 2022 • 4:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min percaya, kalau korang rapat dengan atok dan nenek korang sejak kecil memang susah nak berpisah. Dah terbayang dah masakan sedap-sedap yang nenek selalu buat, atok bawak pergi jalan-jalan…

Boleh kata dah macam cucu kesayangan dah kalau susah nak berpisah dengan atok nenek ni. Sama macam satu video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @nanadayana.11 yang mana telah buat ramai sebak dan sayu!

@nanadayana.11

Dari tadika atok wan hantar belajar, ni dah nak start mengajar pon old people hantarkan image is not available no more videos with wan atokk

♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Mana taknya, dalam video ni atok dan nenek pemilik video itu betul-betul semangat nak hantar cucu dia. Bukan hantar pergi sekolah ke, kolej ke… Tapi ni siap nak hantar cucu pergi posting mengajar lagi tau!

“Beg dah bawak? Surat kau mana? Surat?” – Nenek dalam video

Bukan itu saja, atok dan neneknya juga siap pakai baju kemeja dan berbaju kurung dengan pakej pakai kasut kulit lagi haa! Wah-wah macam nak pergi majlis konvo dah ni!

Video yang telah mendapat lebih dari 900 ribu views dan juga lebih 100 ribu likes telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terasa sayu dan sebak kerana kedua atok dan nenek wanita itu disifatkan sebagai pasangan yang betul-betul menyayangi cucunya.

image is not available

Difahamkan atok dan neneknya memang sering menemani dirinya sejak tadika dan susah untuk duduk berjauhan. Mereka juga kelihatan begitu teruja melihat sekolah pertama yang akan menjadi tempat cucunya mengajar.

Min doakan supaya atok dan wan awak dipanjangkan umur ya! Seronok tengok relationship awak… Tetiba teringat opah dengan atok kat kampung… Huwaa, rindu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.