Dahagakan like
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan masalah teknikal dari syarikat media sosial terbesar di dunia. Ianya mengakibatkan Whatsapp dan Facebook tidak berfungsi seperti sedia kala. Semua orang seakan terkejut dengan berita ini, dan banyak akan terkesan daripada ini juga. Seperti yang kita tahu, banyak kehidupan kita bergantung kepada media sosial kini.
Daripada perniagaan sehinggalah komunikasi jarak jauh dengan rakan-rakan, ianya telah menjadi satu keperluan kepada kita. Mungkin akan ada kerugian kepada bisnes apabila semuanya tidak dapat di akses. Boleh bayangkan bagaimana semua platform media sosial tidak wujud? Jom kita bincangkan!
Sosial Lebih ‘Real’

Kita banyak bergantung kepada platform ini untuk berkomunikasi dan bersosial secara maya. Berbalik kepada zaman sosial terdahulu, kehidupan sosial adalah secara berdepan dan fizikal. Kehidupan lebih bermakna apabila sesuatu persahabatan atau perbincangan diadakan tanpa ada sosial media. Anda boleh berjumpa dan berbincang dalam suatu masa dengan lebih fokus. Jika sebelum ini, kehidupan sosial lebih tertumpu dalam suatu platform dan mengambil masa yang lama.
Bisnes Lebih Fizikal

Kita tahu bahawa pendigitalan membawa impak yang besar kepada manusia. Akan tetapi, terlalu ramai masih lagi tidak mengetahui kelebihan yang ada. Impaknya hanya di kawasan bandar dan berkepadatan tinggi. Hal ini kerana, mereka yang berada di bandar lebih memilih untuk membelek dahulu di telefon bimbit sebelum berkunjung ke kedai fizikal. Sekiranya tiada media sosial, kemungkinan orang akan lebih tertarik dengan pemasaran mulut ke mulut. Lebih berkesan kepada perniagaan setempat tetapi agak sukar untuk ke luar negara.
Manusia Lebih Menghargai Masa

Kebanyakan daripada kita sudah tidak melihat masa sebagai suatu benda yang sangat penting. Lihatlah di gerai makan ataupun di rumah, kebanyakan dari kita akan menghabiskan masa dengan layari media sosial sendiri. Ianya telah membuatkan manusia membuang masa untuk bersosial secara nyata. Ketiadaan media sosial boleh mengubah cara manusia dengan lebih meluangkan masa yang sangat berkualiti bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Capaian Maklumat Akan Perlahan

Dulunya kewujudan Internet telah membuka satu saluran maklumat yang sangat pantas, iaitu melalui laman sesawang. Sejak kewujudan media sosial, maklumat yang sahih banyak disalurkan melalui media sosial dahulu. Namun begitu, banyak juga maklumat yang tidak sahih sehinggakan menimbulkan fitnah. Dengan ketiadaan media sosial, berita palsu dan fitnah dapat dikurangkan kerana kawalan komunikasi secara berdepan. Sahih baru kongsi.
Ramai akan suka bantu membantu

Secara psikologinya, media sosial banyak mempamerkan keindahan yang tidak wujud. Kehidupan yang mewah dipamerkan akan tetapi pada hakikatnya masih lemas dalam lautan. Dengan ketiadaan media sosial, ramai orang tidak akan berlumba-lumba untuk mempamerkan yang terbaik dan cantiknya fizikal mereka. Sebaliknya, ramai akan fokus untuk bantu-membantu sesama lain kerana tiada masa untuk memikirkan semua itu.
Tidak dinafikan media sosial adalah saluran yang sangat penting buat masa ini. Namun, kita haruslah belajar untuk mengawal tahap ketagihan media sosial ini. Anda boleh bermula dengan membuat satu jadual kehidupan tanpa media sosial harian anda sendiri. Dengan ini, anda akan mula merasakan kualiti kehidupan anda semakin meningkat. Di mana-mana sahaja anda boleh bermula langkah ini dengan mudah, kerana semuanya adalah dalam kawalan anda. Ianya seperti rasa lapar, anda akan sendirinya mencari tempat makan yang terbaik di kawasan sekeliling anda. Begitu jugalah anda perlu untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


