“Ni toxic trait aku” – Wanita Dikecam Bagi Ikan Mati Dalam Peti Surat Ex Untuk Balas Dendam

Entertainment
8 Jan 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap manusia ada kerenah diorang yang tersendiri. Kadangkala ada perangai tu aneh-aneh betul sampai kadangkala susah orang lain nak brain.

Bercakap pasal perangai aneh, seorang wanita ini juga ada perangai pelik dia yang tersendiri. Tapi perangai dia ni mungkin akan buat orang rasa dia ni toksik dan perangai macam psikopat sikit.

image is not available

New York Post melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Katie ini mula viral di laman sosial TikTok selepas dia berkongsi satu video mengenai cara peliknya balas dendam kepada bekas kekasihnya dengan cara memasukkan ikan mati ke dalam peti surat mereka setiap hari.

Menerusi video yang dikongsikan, Katie dapat dilihat memasukkan seekor ikan jenis carp ke dalam slot surat pada pintu rumah dipercayai milik bekas kekasihnya.

image is not available

Meskipun tak jelaskan apa sebab sebenar dia buat macam tu, Katie hanya memberitahu cara uniknya itu adalah supaya bekas kekasihnya jadi rindu pada dirinya.

Video yang kini sudah menerima jutaan tontonan di TikTok itu menarik perhatian pengguna laman sosial lain. Ada yang terhibur dengan cara wanita ni balas dendam, tak kurang juga ada yang mengecam sebab katanya toksik.

“Tu bukan toksik dah tu. Ni dikira seksa orang,” tulis netizen.

“Bayangkan kalau lelaki yang buat macam ni, mesti komen ramai yang kecam,” kata netizen lain pulak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.