Little Miss Khan Didakwa Rakam IG Story Filem ‘House Of Gucci’ Dalam Pawagam , GSC Bakal Ambil Tindakan

Entertainment
6 Jan 2022 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Merakam isi kandungan filem di dalam panggung wayang tak kiralah rakaman itu untuk simpanan sendiri mahupun dimuat naik ke dalam media sosial seperti yang semua tahu adalah satu kesalahan.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di Twitter Aysha Ridzuan, adik Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan dilihat telah memuat naik beberapa instastory yang memaparkan scene dari filem ‘House of Gucci’ di pawagam.

 

GSC bakal ambil tindakan

Isu itu kemudian mendapat perhatian GSC yang telah membawa isu ini kepada pemilik filem tersebut, United International Pictures untuk tindakan lanjut.

Menerusi tweet daripada GSC, apa-apa jenis rakaman isi kandungan sebuah filem adalah dilarang dan perkara ini telah mendapat perhatian serius daripada pihak mereka.

Isu ini juga telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata sangat kecewa dengan tindakan adik kepada pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa yang tidak peka dengan larangan merakam dan secara tidak langsung telah mendedahkan spoiler.

Apa-apapun diharapkan korang kat luar sana elakkanlah dari merakam apa-apa content di panggung wayang. Kalau kena tangkap nanti buat malu je.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.