
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas terjatuh di sebuah pusat beli-belah dekat Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, Ahad lepas.
Sebelum kejadian pada jam 7.42 malam itu, individu yang hanya dikenali sebagai Wong itu didakwa menghubungi abang dan rakannya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

