Lelaki Cedera Tulang Belakang Lepas Angin Kuat ‘Tolak’ Paraglider Dari Perak Ke Kedah!

11 Jan 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada Ahad lepas, seorang peluncur para telah telah mengalami kecederaan serius pada tulang belakangnya selepas dia terjatuh di hadapan kompaun masjid di Padang Kulim, Kuala Ketil, Kedah.

Kalau korang nak tahu, lelaki malang ini dikatakan telah memulakan aktiviti sukan ekstremnya itu di Pengkalan Hulu Perak namun angin kuat telah membawanya sehingga ke Kedah! Uish, jauh tu…

Mangsa berusia 34 tahun yang berasal dari Banting, Selangor ini telah memulakan ‘pengembaraannya’ pada jam 12 tengahari di Perak dan kira-kira 90 minit selepas dia berlegar di ruang udara, angin kencang telah bertiup sehingga menyukarkannya untuk mengawal payung terjunnya itu.

image is not available

Menurut Ketua Polis Baling Superitendan Shamsudin Mamat, selepas ditolak angin kuat, lelaki tersebut telah jatuh di kawasan masjid dan membuatkan orang-orang sekeliling segera memanggil pihak berkuasa, lapor Awani.

Polis bertugas telah menghubungi klinik kesihatan untuk mendapatkan ambulans. Pada jam 1.55pm, mangsa berjaya di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.”

image is not available

Walaupun cedera, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil namun sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat mengenai insiden ini.

Allahu kesiannya… Nama pun sukan ekstrem kan, mestilah ada risikonya. Harap abang tu cepat sembuh.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.