“Disaster” – Terpaksa ‘Undur’ Kerana Tidak Berfungsi, Netizen Bengang Jalan Sesak Kerana RFID

17 Jan 2022 • 11:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti semua sedia maklum, hari Isnin yang merupakan permulaan awal minggu selalunya merupakan hari di mana jalan raya mulai sesak dengan kenderaan kerana orang ramai ingin ke tempat kerja.

Walau bagaimanapun, seawal jam 7 pagi ini, ramai yang merungut di media sosial gara-gara terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas luar biasa yang didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol.

image is not available

Menurut Kosmo, antara jalan yang mengalami kesesakan teruk iaitu Tol Bandar Seri Putra, Bangi yang mana pengguna jalan raya terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasinya. Uish teruk tu!

 

“Penuh adegan lampu reverse kereta menyala”

Menerusi perkongsian Aiman Psikologi di Twitter, kesesakan juga dapat dilihat berdekatan rumahnya selepas lorong Smart Tag didakwa telah ‘robohkan’ dan digantikan dengan lorong RFID.

Disebabkan kegagalan sistem RFID untuk mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan pengguna jalan raya, beberapa kereta terpaksa mengundur hingga mengakibatkan kesesakan di kawasan itu.

Selain itu, ramai di kalangan netizen yang meluahkan rasa kekesalan mereka terhadap sistem RFID itu yang katanya telah menyebabkan kelewatan mereka ke tempat kerja.

image is not available

Harap korang yang lalu tol ada RFID pagi ini bertabah lah ye. Dugaan hari Isnin.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.