“Comel Betul Akak Ni!” – Netizen Terhibur Tengok Gadis Dari China Belajar Mengira Dalam Bahasa Melayu

13 Jan 2022 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video seorang gadis warganegara China yang cuba belajar mengira nombor dalam bahasa melayu telah mencuit hati ramai netizen.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna bernama Mohamed Hyypia itu, gadis itu merupakan teman wanitanya yang cuba belajar bahasa tempatan.

Lebih menarik perhatian apabila gadis itu melakukan kesilapan dalam sebutannya yang disifatkan comel oleh rata-rata netizen.

image is not available

Satu, dua, tima, embab, lima, pagi, tujuh, balam, sembilan, dimunlumlum…

Meninjau di ruangan komen, ramai juga netizen yang turut memberi tips dan cara untuk membantu gadis itu mempelajari bahasa melayu dengan mudah.

“Lima, pagi, petang, siang, malam” tulis seorang netizen.

“Belikan dia flashcard, saya rasa itu akan membantu dia belajar” tulis seorang pengguna TikTok.

“Tima tu makcik aku, cute betul akak ni” tulis seorang lagi netizen.

image is not available 21 jam lalu

"Lelaki Pun Ada Perasaan" - Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Menangis Hantar Anak Ke Tadika