“Apa yang bergolek tu?” – [VIDEO] Ramai Seram Tengok Kelibat Pelik ‘Bergolek’ Atas Jalan

Entertainment
12 Jan 2022 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan satu objek yang tidak diketahui dilihat sedang bergolek di jalan raya hingga menimbulkan pelbagai persoalan netizen.

Menerusi perkongsian TikTok @paknuatt, objek tersebut yang dikatakan menyerupai ‘hantu pocong’ dilihat sangat menyeramkan kerana tiba-tiba muncul di kawasan yang sunyi ketika di tengah malam.

Halamak min kalau tengok ni tak nyempat nak record dah!

Alahai time-time macam ni la dia buat perangai…

“Auto balik awai kalau macamni,” tulisnya sambil mendedahkan kejadian itu berlaku di Penang Port, Pulau Pinang.

 

“Bila lompat orang ingat dia pocong, so dia guling taklah suspect sangat”

Walaupun video yang dipaparkan itu agak menyeramkan namun komen-komen yang ditinggalkan netizen agak menggelikan hati dan ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan ‘makhluk’ ini.

image is not available

Berani betul ye yang merakam video ni. Kalau min entah ke mana dah min lari sebab takuttt!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.