“Embab, lima, pagi..”- [VIDEO] Gadis Dari China Belajar Mengira Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Cair

Entertainment
12 Jan 2022 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesiapa yang baru nak belajar bahasa mesti akan rasa struggle masa awal-awal tu kan? Bukan setakat intonasi, vocab pun susah lah nak ingat.

Min pernah dengar, cara paling senang untuk belajar bahasa asing ialah dengan mencari kawan atau bercinta dengan orang tempatan. Sebab banyak benda kita akan borak dengan dia nanti.

Macam video perkongsian laman TikTok yang dikongsikan oleh saudara Mohamed Hyypia ini, seorang gadis warganegara China yang dipercayai teman wanitanya ini terlihat sangat lah struggle mengira nombor dalam bahasa melayu.

“Satu, dua, tima, embab, lima, pagi, tujuh, balam, sembilan! dimunlumlum”- kira gadis itu dengan yakinnya.

Kecomelan gadis itu mengira dalam bahasa melayu telah membuat ramai cair serta terhibur dengannya. Namun, ada juga yang berkongsikan kisah yang sama dengan gadis ini apabila mereka belajar bahasa asing.

image is not available

Di samping itu, ramai yang memberi nasihat dan cara mudah untuk membantu gadis itu mempelajari bahasa melayu. Tapi, ada juga yang komen cakap muka dia macam Dahyun ahli Twice!

image is not available

Biasalah pada awal-awal belajar memang begitu. Mana-mana bahasa pun susah sebenarnya. Jadi, siapa yang cakap bahasa melayu tu senang boleh fikir sekali lagi sebab struggle yang sama dirasai oleh para pelajar yang baru mempelajari bahasa melayu terutamanya warga asing.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.