Macam Pegang Beg Tangan, Gelagat Wanita Ini & Keluang Belaan Curi Tumpuan Di TikTok

Entertainment
8 Jan 2022 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika beberapa tahun sebelum ini pernah viral tentang gambar seekor kelawar besar di Filipina, kali ini nampaknya spesis haiwan ini kembali menjadi tumpuan netizen.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok di mana seorang wanita dilihat begitu relax dan santai memegang haiwan yang dipercayai merupakan seekor keluang yang dipeliharanya.

Memetik laporan Sinar Plus, video itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun, care1233 dan sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), ia telah mencecah sehingga 40.6 juta tontonan di platform media sosial itu.

Dapat dilihat dalam video terbabit bahawa wanita itu memegang haiwan itu dan dia kemudiannya melepaskannya untuk terbang. Ruangan komen video tersebut juga dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya menyangka ia hanyalah video yang disunting semata-mata pada mulanya.

Selain itu, ada juga yang ingatkan wanita itu sedang memegang sebuah beg tangan berwarna hitam, namun apabila objek itu tiba-tba terbang, baru lah mereka sedar yang ia sebenarnya seekor keluang.

image is not available

Dalam video TikTok yang lain pula, wanita itu ada menjelaskan bahawa haiwan itu diberi nama Moy olehnya dan ia juga boleh makan gula-gula seperti lolipop.

Untuk pengetahuan semua, perbezaan keluang dan kelawar bukanlah hanya pada saiznya. Keluang akan makan buah-buahan manakala makanan utama kelawar pula ialah serangga.

image is not available

Menurut blog, keluang juga mampu terbang lurus kerana ia mempunyai mata yang boleh melihat.

Tapi, min tak pernah nampak la pulak orang ambil kelawar atau keluang ni jadi haiwan peliharaan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.