
Ketika misi bantuan banjir dijalankan, pelakon dan pengacara Nabila Huda ada memuat naik satu kenyataan di Twitter menuduh seorang aktivis wanita mengambil kesempatan mengambil barang bantuan yang diletakkan di masjid untuk diberikan ke tempat lain.

Ekoran tindakan lantangnya menuduh tanpa usul periksa, aktivis Fatimah Zaharah Rahim telah melantik barisan peguam bagi meneliti tindakan yang sesuai untuk diambil ke atas pelakon itu.
Menurut Fatimah, Nabila telah menyalahgunakan aplikasi Instagram dan Twitter hingga menimbulkan kebencian orang ramai ke atasnya.
Manakala peguam yang dilantik oleh Fatimah pula mengatakan yang mereka akan kaji tindakan undang-undang yang bakal diambil atas dakwaan berita palsu, fitnah dan tuduhan yang dilemparkannya itu.
Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.
Perkongsiannya itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya.”
Selain itu, Fatimah turut menegaskan bahawa apa yang dikatakan oleh Nabila sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.
Untuk pengetahuan korang, ciapan yang dibuat oleh Nabila pada 25 Disember lalu telah pun menerima ribuan ulang kicau sebelum ianya dipadamkan oleh pengacara ini.
Dikatakan, Nabila Huda boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 yang mengawal selia tuntutan fitnah undang-undang sivil yang memberi pampasan atau gantirugi melalui Akta Undang-Undang Sivil 1976 serta tuntutan jenayah Seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan yang boleh membawa penalti penjara atau denda.
Sumber: mStar
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

