Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Kaca Mata Pintar Generasi Baharu

TechnologyDigital
1 Jan 2022 • 11:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google beberapa tahun dahulu telah hadir dengan Google Glass. Namun, ketika itu teknologi berkenaan dilihat terlalu awal. Kini, dengan perkembangan sihat arena realiti-terimbuh dan permulaan perbincangan alam meta, Google dilaporkan sedang membangunkan kaca mata pintar baharu.

Google sedang membangunkan generasi baharu kaca mata pintar mereka, dan turut mengambil kepakaran daripada pengambil-alihan North pada 2020, iaitu salah pembangun kaca mata pintar.

Sebelum ini juga, ia telah dilaporkan Google sedang membangunkan sistem operasi baharu untuk AR.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google merancang memperkenalkan penawaran generasi baharu mereka. Tetapi, dengan Apple merancang memperkenalkan set kepala mereka seawal tahun ini, tidak mustahil kita melihat penawaran Google dalam masa lebih kurang sama juga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved