Tentera Israel lepaskan tembakan, puluhan warga Palestin cedera

30 Jan 2022 • 10:38 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Tentera Israel mencederakan puluhan penunjuk perasaan warga Palestin selepas berlaku pertembungan berhampiran tiga bandar di Tebing Barat semalam.

Beberapa saksi kejadian memaklumkan, pertembungan itu berlaku di perkampungan di selatan dan timur bandar Nablus di utara Tebing Barat.

Pasukan perubatan dan saksi berkata, pertembungan turut berlaku di bandar Hebron di selatan Tebing Barat dan bandar Qalqilya di utara Tebing Barat.

Di kedua-dua bandar itu, tentera Israel dilaporkan melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Setakat ini, tiada sebarang komen daripada pihak tentera Israel berhubung pertembungan yang berlaku ketika protes menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel dan pengembangan penempatan haram Israel di Tebing Barat. – AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

image is not available