Tekanan Air Rendah Di Sik, MB Kedah Kata Siram Pokok Durian Waktu Malam Jadi Punca

26 Jan 2022 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kecoh di kawasan Sik, Kedah kerana penduduknya mengalami tekanan air yang rendah dan ianya telah mendapat perhatian kerajaan negeri tersebut dan penjelasan diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sinar Harian, pihaknya mendapati aktiviti menyiram pokok durian pada waktu malam menggunakan sumber bekalan air terawat dipercayai menjadi punca utama.

 

image is not available

Ujarnya lagi, penduduk di sekitar kawasan yang terjejas terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain ketika dilanda musim kemarau ketika ini dan dijangka hujan akan mula turun pada April ini.

“Kebiasaannya kita akan menyimpan air pada waktu malam sebagai penggunaan untuk keesokan hari di sebelah pagi sekitar jam 1 hingga 6 pagi dalam tangki” – MB Kedah

Walau bagaimanapun, penduduk terpaksa menyiram pokok durian jenis musang king dan juga duri hitam pada waktu malam walaupun dilanda kemarau dan perlu diteruskan penjagaannya untuk memastikan kualitinya sentiasa baik.

image is not available

Bukan itu saja, penduduk menggunakan air terawat tersebut kerana kawasan kebun dan juga tanaman terletak jauh dari sumber air seperti tali air dan juga bendang sawah. Malah, penyusutan air juga dapat dikesan sekitar jam 1 hingga 4 pagi.

Nak guna tu boleh… Tapi kena ingat, perlu berjimat okay? Sebab itu semua untuk kegunaan orang ramai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.