KDN Akui Kilaf Dengan Agensi Lain Punca Pengembara Positif Omicron Tiada Vaksin Lolos

7 Jan 2022 • 7:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, akui bahawa timbul kekhilafan dengan agensi lain berkenaan dengan urusan pegembara positif Covid-19 dari varian Omicron serta tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19, lapor FMT.

Ia susulan dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkenaan dengan 10 pengembara warga Malaysia yang disahkan dijangkiti varian Omicron didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi.

image is not available

Selain itu, seramai 7 orang warga asing yang masuk ke Malaysia turut dijangkiti varian baharu itu. Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat mengapa warga tempatan yang dijangkiti varian Omicron itu mempunyai rekod vaksinasi.

“Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ialah dari United Kingdom membabitkan empat kes, Nigeria (empat), Emiriah Arab Bersatu (empat) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi.”

Beliau juga menyifatkan bahawa kes tersebut dikira langgar SOP memandangkan hanya individu yang divaksin sahaja boleh meengembara.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.