“Lebih bawa maut, jangkitan lebih tinggi” – Saintis China Dakwa Temui Varian Baharu, NeoCov

Health & Fitness
31 Jan 2022 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Para saintis di China memberi amaran berkenaan varian terbaru Covid-19 yang dinamakan NeoCov yang dikatakan memiliki kadar jangkitan lebih tinggi selain dikatakan lebih membawa maut seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Wion News.

Dakwaan tersebut juga diterbitkan oleh media Russia, Sputnik yang turut mendakwa varian NeoCov yang ditemui di Afrika Selatan dan didakwa mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).

Dikatakan berkaitan dengan virus MERS-CoV, wabak yang dibawa oleh virus ini pernah melanda negara-negara Asia Barat pada 2012 dan 2015.

image is not available

Penyelidik dari China menjangkakan kadar kematian adalah satu daripada tiga kes jangkitan NeoCov akan maut selain ianya merupakan kadar yang lebih tinggi berbanding situasi Covid-19 semasa di seluruh dunia.

Menerusi analisis kajian, NeoCov yang turut ditemui dalam populasi kelawar ini cenderung seperti Sindrom pernafasan akut teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menyebabkan Covid-19 pada manusia.

“Dalam kajian ini, kami secara tidak sengaja mendapati NeoCov dan PDF-2180-CoV boleh menggunakan beberapa jenis enzim penukar Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) daripada kelawar atau manusia untuk merebak’’

image is not available

Pakar-pakar telah memberi amaran mengenai risiko jangkitan selain menegaskan bahawa penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti tahap imunisasi yang diperlukan untuk menangani virus terbaru tersebut.

Tambah mereka lagi, lebih banyak maklumat dan input turut diperlukan untuk mewujudkan laporan konkrit mengenai NeoCov.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.