Gunung Berapi Bawah Laut Meletus Di Tonga, 8 Negara Keluarkan Amaran Tsunami

16 Jan 2022 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah gunung berapi bawah laut di perairan Tonga telah meletus semalam dengan letusan yang sangat dahsyat. Berikutan letusan itu, amaran tsunami telah dikeluarkan di 8 buah negara.

image is not available

Antara 8 buah negara tersebut termasuklah Fiji, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, American Samoa, New Zealand, Vanuatu dan Chile.

Hasil tinjauan satelit mendapati letusan Gunung Berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai yang dahsyat itu menghasilkan kepulan asap berbentuk cendawan ke udara dan shockwave ke kawasan sekeliling.

image is not available

Akibat daripada letusan itu, tsunami setinggi 1.2 meter telah melanda ibu negara Tonga, Nuku’alofa

image is not available

Menurut The Sun Daily, letusan gunung berapi bawah laut itu berlaku selama kira-kira 8 minit dan menghasilkan bunyi letupan seakan bom serta gas, debu dan asap beberapa kilometer ke udara. Letupan yang dihasilkan sangat kuat sehingga boleh kedengaran lebih 800km di Kepulauan Fiji.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.