
Umum mengetahui, Indonesia telah tewas kepada Thailand dengan jaringan 4-0 pada perlawan pertama final Piala AFF Suzuki 2020.
Meskipun jauh ketinggalan, jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong percaya dan yakin pasukannya mampu untuk menewaskan Thailand pada perlawanan kedua final yang bakal berlangsung pada malam ini.

Pasukan Indonesia memerlukan kemenangan besar dengan jaringan lima gol ke atas Thailand untuk muncul sebagai juara Piala AFF buat kali pertama.
Dalam satu temu bual bersama jurulatih dari Korea Selatan ini, Shin Tae-yong berkata dia tidak boleh menjanjikan kemenangan besar pada perlawanan akhir nanti. Namun, dia berkata Indonesia boleh menang ke atas Thailand pada perlawanan malam ini.
“Saya percaya bahawa perlawanan esok kita akan menang”, ujar Shin Tae-yong ketika ditanya tentang kemampuan Indonesia pada perlawanan akhir nanti.
Bekas jurulatih Korea Selatan di Piala Dunia 2018 itu turut tidak menolak dakwaan yang mengatakan pasukan Thailand pada edisi ini lebih kuat berbanding dengan Indonesia.
Namun begitu, dia berkata pasukannya tidak gentar melawan Thailand meskipun dibarisi oleh pemain muda.
Kredit: CNN Indonesia
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
