Sering Jadi Imam Solat Berjemaah di Belakang Tabir, Netizen Terharu Lihat Perubahan Aliff Aziz

Entertainment
25 Jan 2022 • 2:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang mengikuti rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) baru-baru ini, korang pasti sudah sedia maklum bahawa penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz telah menjadi juara bagi pertandingan tersebut.

Sejurus itu, muncul pendedahan daripada netizen berkenaan aktiviti yang dilakukan Aliff di belakang tabir yang menarik perhatian ramai peminat.

 

Aliff jadi imam solat berjemaah

Menerusi perkongsian akaun TikTok milik @yesnoooooooo, dia yang juga kru bagi produksi GV8 mendedahkan video Aliff sedang mengimamkan solat secara berjemaah bersama beberapa makmum di belakangnya.

Aliff dilihat mengimamkan tiga orang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai isterinya, Bella Astillah dalam sebuah bilik bersiap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

“Allah tak pandang permulaan, Allah pandang pengakhiran”

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dilihat meninggalkan komen positif dan terharu dengan perubahan yang dilalui penyanyi tersebut.

Ramai juga pada masa yang sama mendoakan semoga Aliff terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukannya. Min pun sebak tengok perubahan Aliff…

image is not available

Suka sangat tengok perubahan Aliff. Semoga terus istiqamah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.