
Kota Kinabalu: Sabah bakal berdepan cabar-an besar dalam usahanya untuk pulih dari pandemik Covid-19 tan-pa pelancong dan pela-bur asing sekiranya sempadan negeri ini terus ditutup kepada mereka, kata Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), Tan Sri David Chu.
“Dengan penutupan berterusan sempadan negara, termasuk Sabah, proses pemulihan akan menjadi perlahan, tidak kira berapa banyak usaha yang dilakukan kerajaan,” katanya, Khamis lepas.

