Pascabanjir: Pusat kemahiran tawar khidmat periksa kenderaan percuma, ringan beban mangsa

3 Jan 2022 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 JAN: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) menawarkan khidmat nasihat dan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada mangsa banjir, kata ketua eksekutifnya.

Mohd Asyraf Amin memaklumkan inisiatif kelolaan Ketua Program Automotif Faizal Azmi bertujuan membantu pemilik kereta dan motosikal mendapat gambaran jelas tahap kerosakan kenderaan.

“Pemeriksaan meliputi tiga skop utama iaitu ruang enjin, ruang penumpang dan chassis membabitkan kondisi kenderaan, minyak pelincir, kotak gear, cecair, brek, steering serta unit kawalan elektronik (ECU).

“Bantuan asas servis juga diberikan tetapi barang perlu disediakan oleh pemilik kenderaan,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata sebagai satu-satunya institusi pendidikan kemahiran bawah Kerajaan Selangor yang menumpukan bidang teknikal (TVET), pihaknya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tenaga dan kepakaran bagi meringankan beban mangsa.

“Kita juga mengalu-alukan pelajar untuk mendalami ilmu kemahiran ini seiring kemajuan bidang TVET,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved