Caj Transaksi RM1 Di ATM MEPS Kembali Dikenakan Mulai Esok

31 Jan 2022 • 6:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peringatan mesra buat pengguna dan pelanggan bank tempatan di mana caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang antara bank di ATM akan kembali dikenakan mulai esok, 1 Februari 2022.

Pengumuman tersebut sebelum ini telah dimaklumkan bank-bank di Malaysia pada Disember 2021 lalu.

image is not available

Sumber : Google  

Pengeluaran wang di ATM hanya percuma jika anda menggunakan bank yang sama dengan kad bank yang anda miliki dan jika anda mengeluarkannya di ATM bank berbeza, pelanggan akan dicaj RM1.

Meskipun menerima pelbagai respon yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan perlaksanaan caj transaksi itu, namun tiada kenyataan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengecualian caj RM1 ini hingga ke hari ini.

Bermula 1 Februari ini, pengguna perlu memilih ATM tertentu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mereka jika mahu mengelakkan daripada dicaj RM1.

Terdahulu, caj RM1 untuk pengeluaran wang antara bank di ATM telah dikecualikan sejak April 2020 sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat di kala pandemik COVID-19.

image is not available 3 hari lalu

Pelengkap MyKad, Identiti Digital Nasional Bakal Diperkenalkan Menjelang Tahun 2024