Caj RM1 Transaksi ATM Berkuatkuasa Semula Esok

31 Jan 2022 • 3:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini kami melaporkan mengenai ura-ura orang ramai mungkin perlu membayar caj transaksi pengeluaran sebanyak RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) ternyata benar.

Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut akan dikuatkuasakan bermula esok iaitu 1 Februari 2022 dan ianya telahpun diumumkan sendiri oleh beberapa bank seperti Maybank, CIMB Bank dan lain-lain lagi di media sosial mereka sebelum ini.

Setelah hampir 2 tahun diberikan kelonggaran pengecualian caj bermula 2 April 2020, ianya akan dilaksanakan semula. 

Perkara ini membuatkan kita semua terpaksa pergi ke mesin ATM yang sepatutnya untuk mengelak dari caj dikenakan.

Apa pandangan korang? Tahu ramai yang tak suka sebab dah terbiasa kalau nak keluar duit je, kita pergi ke mesin ATM mana-mana yang berhampiran.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.