Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Anjuran Parti Politik

12 Jan 2022 • 8:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Noor Dellhan Yahaya - Gambar dari media sosial

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis di Jalan Tun Ismail di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di laman sosial oleh pemilik akaun Twitter Meme@Knowledge9701 mengenai beberapa individu tidak memakai pelitup muka, pada majlis berkenaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Pemilik akaun Twitter tersebut mempersoal tindakan tetamu yang tidak memakai pelitup muka pada majlis membabitkan sebuah parti politik. - Bernama