Padah Curi Tabung Masjid! Lelaki Dimandikan Seperti Jenazah, Siap Ditabur Kapur Barus Sebagai Hukuman

Entertainment
12 Jan 2022 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap perbuatan yang buruk pasti ada hukumannya. Sekiranya tidak tertangkap salah laku seseorang individu itu sekarang, pasti ada balasan yang lain menanti di masa akan datang.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video melihatkan seorang pemuda dipaksa menjadi ‘jenazah’ untuk sementara waktu gara-gara cuba untuk mencuri duit dalam tabung masjid.

Klip berdurasi seminit 25 saat itu tular di Twitter setelah dimuat naik oleh pengguna bernama Jalal Misai. Namun, lokasi sebenar kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Dilihat pada klip tersebut, lelaki itu dibaringkan dalam ruang memandikan jenazah bersama seorang lelaki yang lengkap berserban, dipercayai sebagai Imam kepada masjid tersebut, serta beberapa penduduk kampung lain.

Suspek kemudiannya ‘dimandikan’ oleh Tok Imam menggunakan paip getah, sebelum dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung. Mereka turut menutup mukanya dengan kain, memberi gambaran lebih nyata terhadap prespektif ‘jenazah’ yang cuba disampaikan.

Lelaki itu juga dilihat cuba untuk melarikan diri apabila Tok Imam mula mencurahkan air kepadanya yang masih lengkap berpakaian, namun usahanya digagalkan oleh beberapa orang penduduk kampung di situ.

Netizen berbahagi pendapat

Video tersebut sekaligus mengundang satu sesi perbincangan yang hangat di ruangan komen. Ada yang menyokong tindakan mereka dalam menghukum lelaki tersebut, namun ada juga yang menyifatkan perbuatan mereka sebagai terlalu kasar dan melampau.

image is not available

Apa pula kata korang? Agak-agak setimpal tak hukuman diorang terhadap lelaki tu?

Sumber: Sinar Harian

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.