Tiga maut kemalangan ngeri di Sandakan

11 Jan 2022 • 3:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Tiga maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX yang terbabas sendiri di bahu jalan di Jalan Lintas Sibuga, di sini, pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata mereka menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.40 pagi menerusi talian balai itu dan segera menghantar lapan anggota bersama Pegawai Operasi, Chauslim Sunsubin dan Jimmy selaku Pegawai Operasi Kanan bersama sebuah jentera dan EMRS.

Pihak trafik IPD Sandakan turut berada dilokasi bersama pihak kesihatan.

Ketiga-tiga mangsa terlibat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Jimmy, dua mangsa dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

Seorang lagi mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan diserahkan kepada pihak KKM dan PDRM untuk tindakan lanjut.

Jimmy berkata, operasi ditamatkan pada 12.06 tengahari.

Maklumat kesemua mangsa lelaki dewasa itu belum diperoleh semasa laporan ini ditulis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.