Pemandu MPV hitam diminta tampil bantu siasatan kemalangan di Dungun

11 Jan 2022 • 6:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

DUNGUN - Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut melibatkan seorang penghantar makanan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, individu yang memandu MPV jenis Toyota Innova itu diperlukan sebagai saksi kejadian.

Beliau berkata, MPV berkenaan dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

"Kita minta kerjasama pemandu MPV tersebut untuk tampil memberikan keterangan selaku saksi kemalangan.

"Kita turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Isnin lalu, seorang penghantar makanan, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi warna kuning yang dipandunya terbabas lalu bertembung dengan sebuah Mercedes Benz.

image is not available

Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved