“Steady ayah!” – [VIDEO] Ramai Tak Sangka Rupanya Rani Kulop Pernah Jadi Drummer Masa AJL 2009

Entertainment
11 Jan 2022 • 12:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebut saja nama, Ayahanda Rani Kulop pasti ramai yang ingat dengan tagline beliau, ‘Kipidap Dongibab’ kan?

Rani Kulop yang merupakan seorang aktivis yang sering memperjuangkan hak komuniti setempat dan sering membuat laporan polis jika ada salah laku, aduan dan kesalahan ini sebenarnya ada sisi yang tak ramai tahu.

image is not available

 

Rani Kulop rupanya pandai main drum?

Menerusi perkongsian TikTok @saikofad baru-baru ini, tular video yang memaparkan Rani Kulop terlibat dalam satu band muzik dan sedang bermain drum. Uish biar betul!

Lebih menarik lagi, rakaman itu merupakan sedutan program final Anugerah Juara Lagu 2009 yang mana Rani bersama kumpulannya, The Siglap Five sedang mengiringi Dato’ Jeffry Din yang menyanyikan lagu ‘Termenung’.

@saikofad

Final AJL 2009. Masa ni orang tak perasan siapa pemain drum yang iringi persembahan Dato’ Jeffry Din. #kipidap #ayahranikolup #kugiran

♬ original sound – Fad Gold.Hunter – Fad Gold.Hunter

Menerusi hasil carian di Wikipedia mendapati, kumpulan The Siglap Five ini merupakan kugiran muzik Pop Yeh Yeh yang aktif pada era 1960-an. Kugiran ini juga terdiri daripada Karim, Mohd Ali (Nick), Hamidon, Khamsin dan Jaafar yang berasal dari Singapura.

 

“Tak sangka Ayah pernah perform kat pentas final AJL”

Video yang tular itu ternyata membuat rata-rata netizen terkejut dan ada yang tak sangka Rani Kulop yang kelihatan ‘garang’ di media sosial itu rupanya pandai bermain alat muzik.

Rani juga pada masa yang sama ada meninggalkan komen mengatakan dia sengaja tidak bercerita mengenai hal tersebut kerana bimbang takut dikatakan ‘sembang’ semata-mata.

image is not available

Cayalah Ayah Rani Kulop! Tak sangka ada bakat bermaim drum rupanya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.