[VIDEO] Lagi Kes Ambulans Kena Bagi Ruang Untuk Laluan VVIP Atas Highway?

Entertainment
3 Jan 2022 • 6:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video kini sedang viral apabila individu berjaya merakamkan satu tindakan daripada golongan VVIP di atas jalan raya.

 

Pengguna termasuk Ambulans kena bagi laluan dekat VVIP

Dilihat dalam keadaan jalan yang agak sesak, kenderaan lain diarahkan untuk memberikan  untuk golongan ini, apa yang menimbulkan kemarahan netizen adalah, dilihat ambulans juga turut berhenti bersama-sama pengguna jalan lain.

image is not availableimage is not available

Walaubagaimanapun, lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenal pasti. Namun begitu, sumber melaporkan bahawa ianya terjadi di Kuala Lumpur-Seremban Express Highway.

image is not available

Video yang asalnya dikongsikan menerusi TikTok @5zonesmy itu viral dan dikongsikan semula di Twitter. Rata-rata menzahirkan rasa marah apabila menonton video klip tersebut.

Apa yang membuatkan warganet bertambah marah adalah, ada satu insiden ikatakan lebih kurang sama berlaku sebelum ini. Walaubagaimanapun, pihak JSPT telah tampil berikan keterangan mengenai hal tersebut.

Jika diperhatikan dekat ambulans itu, lampu tengah menyala, bagaimanapun ada netizen manyatakan bahawa ia tidak semestinya dalam kecemasan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.