[VIDEO] Netizen Bengang Tengok Pemandu Kena Bayar Tol 2 Kali Sebab Motor Lalu

Entertainment
3 Jan 2022 • 11:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu perkara malang dan menyakitkan hati buat seorang pemandu ini semasa nak bayar tol, selalunya akan berlaku kes kereta ‘cucuk’ dari belakang untuk tak nak bayar, tapi kes ini lain sikit.

 

Kena bayar tol 2 kali sebab motor lalu

Ada satu penunggang motor lalu di kawasan kereta di tol, dia potong kereta itu semasa pemandu baru lepas bayar tol dan palang terbuka.

Bagaimanapun sensor di tol tersebut dapat kesan motor itu yang tiba-tiba lalu dan palang ditutup semula sedangkan pemandu itu masih belum jalan lagi, disebabkan itu, pemandu kena bayar 2 kali.

Video rakaman daripada dashcam ini viral di Reddit, biarpun lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, namun menerusi maklumat dalam dashcam itu menjelaskan ianya berlaku pada 30 Disember sekitar jam 5.56 petang.

Berdasarkan pemerhatian netizen, kenderaan pemandu itu seperti lori kerana ruang pemandangan begitu luas dan agak tinggi, malah dapat dilihat ia berada di lorong paling kiri.

Melihat video tersebut, ia sudah semestinya mengundang kemarahan netizen….

image is not availableimage is not availableimage is not available

Seperti yang kita sedia maklum, penunggang motosikal secara amnya dikecualikan daripada membayar tol di Malaysia dan perlu melalui celah di sebelah pintu tol sekiranya lebuh raya itu tidak mempunyai lorong khusus untuk penunggang motosikal.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.