Tiga sekeluarga lemas dalam tragedi bot terbalik di Kunak

15 Jan 2022 • 12:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Tiga beranak warga Filipina lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik akibat dipukul angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan membeli barang keperluan dari Kampung Bangkuruan, di Lahad Datu ke Pekan Kunak, di sini petang Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Sabarudin Rahmat berkata mayat Saujal Mangguna, 31, ditemukan nelayan tempatan di Pulau Tagabua, dekat sini pada 10.30 pagi Jumaat.